My LOVE. Shue LOVE you!

Tuesday, January 22, 2013

Doctor Love

Tips Kekalkan Hubungan Cinta
Cinta yang datang secara semula jadi adalah yang terbaik

Cinta ? Apa Ada Dengan CINTA?
Cehwahh! 
Semua orang tahu, CINTA adalah suatu ANUGERAH daripada Allah.
So, jgn sesekali kita bermain dengan cinta. 


Cinta ada pelbagai jenis, SEPERTI;
Cinta Kepada Allah & Rasul
Cinta kepada Ibu & Ayah
Cinta kepada Keluarga & sedara mara
Dan byk lagi..
Last one...
Cinta kepada "Ehem Ehem!"
kenapa ehem2 paham2 sendiri lah yee haha :) LOLZ


Mempertahankan CINTA jauh lebih susah daripada mencari kekasih. kannn?
So kat sini saya nk share lah tips untuk kekalkan hubungan dengan si dia. hehehehe! ;p
*Bab2 cinto kau suko yo! haha

*Tiga Kata Ajaibehem2!
Paham-paham jela ye. hehe Tiga kata yang selalu bertahta dikalbu. 
Sebaiknya kita tak perlulah nk ucap kat dia hari hari...
"I LOVE YOU /"SAYA SAYANG AWAK" *jiwannggggg 
Sebab 3 kata ni sangat bermakna.. 
kita pun dah tahu yang dia luahkan kasih dan sayangnya melalui 
sikap dan tingkah lakunya kepada kita. 

*Hayati Perhubungan
Ok, Walaupun kita tahu dia milik kita 
tapi kita perlulah menghayati perhubugan cinta kita 
sehingga kita rase Serasi & Selamat bersama. 

*Kehidupan Normal.
Masa kita single dulu kita sentiasa busy dengan aktiviti luar seperti 
bola sepak, berjogging, aerobic semua kan kita 
tak perlu la nak ubah gaya hidup kita tu semata-mata sebab cinta pulak, 
SO perkara yang terbaik biarkan dia paham dengan rutin harian kita. 
Dia pasti paham!

*Jangan Terlalu Romantik. JIWANG poyo je haha!
Romantik ke jiwang ke memang lah penting 
tapi tak perlulah nk lakukan sepanjang hari.lol

*Komunikasi
Ni adalah perkara yang paling penting kan?
So kita kenalah sentiasa bercakap dgn dia tentang hal peribadi masing-masing 
supaya dia lebih kenal kita dari segi luaran & dalaman ok. 
lepastu dia pun kenalah faham keinginan dan sikap kita.
Barulah sharing is caring. hahaha :p  

*Jangan Kelam KabutMeroyan lebih!
Jika dia seorang yang Ramah dah mudah bergaul dengan semua orang 
*buat PR letteeww!* 
SO kita jangan lah kelam kabut, cepat melatah, panik 
dan peragai cam budak-budak pulak! OK
Ingat!! hati dia tetap milik kita! FULLSTOP! Positiffff...

*Peka Dengan Perkara Yang Sensitif. Penting tu ok!
Ok bincang dulu masalah yang nak diselesaikan tu 
jika ia melibatkan perkara sensitif, 
Tengok dulu keadaan sekeliling kita dulu fahami hati dia, 
akan la kita nk buat dia malu depan orang lain kan? 
FIKIR OK!

 *Dugaan DAN Cabaran. Lautan china akan ku renangi cehwah! 
Dugaan & cabaran inilah akan mengeratkan lagi hubungan kita 
dan hubungan kita pasti takkan bosan FUHHH! 
hubungan mana yang tak da ujian semua ye dak? 
So, Perhatikan sikap dia ketika menghadapi masalah 
& cuba selesaikan bersama.

Ok, Tu jelah yang dapat saya share dengan uolsss.. haha
OK ingat ni yang palinggggg penting!!

Cuba Kawal Tekanan Perasaan kita agar Diri Tetap Tenang...
Jangan nak EMO sangat lah.. chill untuk awek muda 
OK

Good Luck!

xoxo

SHUE AIDA LEE.
Anak Pak Ramlee


No comments:

Post a Comment