My LOVE. Shue LOVE you!

Friday, October 7, 2011

Tarikkan Keluarga Wanita






LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki
itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji
dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak
pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi
Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan
nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun
tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak
harus memainkan peranan mereka.

Love Notes : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.

Sumber : Imam Muda Nazrul

Thursday, October 6, 2011

Kepada 'DIA'




Coretan ku buat si DIA...


Kepada DIA...
Takpe, ABAIKAN saya sekarang, Allah sayang..Allah redha...
Selepas ini, dah HALAL kalau awak ABAIKAN saya, Allah MARAH..
Letakkan ‘abai’ pada MASA yang sesuai..:)

Kepada DIA...

JANGANLAH mencintai akan diri ini 
Seandainya MENCINTAI Allah pun masih BELUM dirimu mampu...

Kepada DIA...

Aku BELUM tentu akan menikahi orang yang aku cintai..
Tapi aku akan MENCINTAI orang yang aku NIKAHI..


Kepada DIA...
Semoga diriku bakal menjadi PENYEJUK MATA dan PENAWAR HATI..
Kepada seorang LELAKI yang BAIK suatu ketika nanti..

Kepada DIA...
Jodohku masih JAUH..andainya dirimu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, 

Allah pasti akan menanamkan rasa KASIH dalam hatiku juga hatimu. 
Itu JANJI Allah..~


insyaAllah...




Golongan Sedikit



Untuk Renungan Bersama...

Salahkah jika aku MENGIKUTI golongan yang sedikit?
Salahkah jika aku MENCINTAI golongan yang sedikit?
Dan salahkah aku jika BERHARAP menjadi golongan yang sedikit?

“ Sedikit sekali dari hambaKu yg bersyukur.” (Saba’:13)
“ ..Sedikit sekali kalian beriman kepadaNya. (Al Haaqqah:41)
“…Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan amat sedikitlah mereka ini.” (Shaad : 24)

p/s : Ujian syukur itu lebih hebat berbanding ujian sabar..kita mendapat nikmat yang Allah rezekikan pada kita, kadang-kadang kita terlupa siapa kita..dan membuatkan kita ta'ajub dengan diri sendiri. Allah..siapa kita dipandanganNya?

SubhanaAllah...